Saturday 7 September 2013

kenapa perlu vitamin?

Ya, soalan yang ringkas iaitu kenapa kita perlu vitamin? Dulu saya selalu fikir vitamin ni untuk orang sakit ataupun orang yang dah berusia. Orang-orang muda yang sihat tak perlukan vitamin ni. Tapi mak saya selalu pesan, "makan vitamin, dari muda kena jaga kesihatan" ataupun "makan kalsium biar tulang kuat, jangan dah tua baru nak makan". Tapi,betul-betul perlu ke vitamin ni?

Hakikatnya badan kita memang memerlukan vitamin untuk terus hidup. Terdapat 13 vitamin kesemuanya macam vitamin C, di samping kita juga perlukan mineral-mineral yang lain macam kalsium dan lain-lain. Vitamin2 ni memang dah ada dalam tubuh kita, dan kita memperolehi vitamin dan mineral daripada apa yang kita makan. Jadi, perlu ke vitamin dan makanan sampingan yang terdapat di pasaran?

Kalau tanya pada saya dulu, saya akan kata tak perlu. Tapi setelah saya membuat bacaan dan pengalaman orang lain, saya rasa PERLU kita mengambil vitamin dan makanan tambahan untuk terus sihat dan cergas, dengan izin Allah.

kredit gambar: google

Cuba tanya diri kita sendiri, adakah pemakanan kita setiap hari dapat membekalkan khasiat yang sepatutnya kita dapat? Adakah vitamin dan mineral dalam badan kita mencukupi? Kalau kita yakin bahawa pemakanan kita setiap hari cukup sihat dan seimbang, itu pun tak menjamin yang tubuh kita mendapat vitamin yang mencukupi. Banyak khasiat dalam makanan kita, seperti sayur yang hilang, lebih-lebih lagi setelah dimasak. Apatah lagi kalau kita kurang menjaga pemakanan, seperti tak suka minum susu ataupun kurang makan sayur-sayuran. Dalam keadaan ini, lebih-lebih lagilah kita perlukan vitamin tambahan untuk tubuh.

Bila kita boleh mula mengambil vitamin  tambahan? Bila kita dah ada kesedaran tentang kepentingan vitamin dan makanan tambahan, apakata kita mulakan sekarang. Kita ambil vitamin, dan rasai perbezaan pada tubuh badan kita. Contohnya kalau sebelum ini kita mempunyai masalah untuk membuang air besar, mungkin dengan usaha kita mengambil vitamin ini menjadi sebab kita mudah untuk membuang, sudah tentu dengan izinNya jugak kan.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan vitamin anda sekarang. TAPI...terdapat banyak sangat pilihan vitamin dan makanan tambahan di pasaran. Kalau pergi farmasi tu, penuh rak-rak kat situ dengan pelbagai vitamin. Kalau tengok dengan internet pun, pelbagai nama dan jenama yang boleh kita pilih. Macamana nak pilih vitamin ni? Tunggu entri yang berikutnya ok. :)